PULANGKAN LANGIT BIRU KITA...!
Sejak minggu lepas, jerebu mulai menghantui penduduk Malaysia, Indonesia (timur Sumatera) dan Singapura. Masalah alam sekitar ini masih berakar umbi dan belum diselesaikan dengan sepenuh-penuhnya. Punca utama berlakunya jerebu ini adalah pembakaran terbuka di hutan atau di ladang kelapa sawit yang amat biasa diamalkan di timur Sumatera. Walaupun cara tersebut pantas menghapuskan lalang dan rumpai yang tidak diingini, tapi ia melepaskan jerebu yang terdiri daripada zarah-zarah sulfur dioksida, jelaga, debu dan karbon dioksida. Ia membuahkan impak yang amat buruk sekali kepada kesihatan umat manusia.
Saya masih ingat buku teks geografi Tingkatan 1 ada menyentuhkan perkara jerebu dalam bab mengenai 'kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar'. Masalah jerebu ini telah lama menjadi isu alam sekitar di sekitar Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Malangnya, isu ini masih belum diselesaikan dan semakin bermaharajalela sehingga mencapai apa-apa yang melanda di sini sekarang. (Kerajaan Indonesia masih belum memohon maaf kepada sesiapa yang diganggu oleh jerebu ini... Entahlah mereka fikir apa...)
Tadi, pada waktu 11 pagi, kawasan Muar mencapai 746 dalam Indeks Pencemaran Udara (IPU, atau Air Pollution Index dalam bahasa Inggeris). Lantaran itu, perintah darurat telah dilaksanakan di kawasan tersebut (dan kawasan Ledang) mulai hari ini. Selain itu, IPU di Kota Tinggi dan Pasir Gudang juga mencatat rekod tidak sihat. Begitu juga dengan Kota Melaka, Seremban, Kuala Lumpur dan sekitarnya. Yang termalang sekali merupakan Singapura, kerana ia dilanda jerebu sehingga ekonomi pelancongan terjejas. Namun, Indeks Pencemaran Air di kawasan Sandakan dan Tawau masih berada di tahap sihat, belum dijejaskan oleh pencemaran itu pada masa kini, namun udara di kawasan Kota Kinabalu, Keningau dan Kudat telah mencapai tahap kurang sihat.
Pagi tadi, saya sempat menjenguk pemandangan di depan rumahku. Jerebu ibarat kain langsir putih yang menutupi pemandangan masih kelihatan. Hujan tidak diturunkan semalam, mentari terus menyinari tanah bumi ini pada waktu siang.
Saya tidak tahu macam mana penerbangan kapal terbang dan pengangkutan air di Selat Melaka dapat diteruskan atau dijalankan dalam keadaan jerebu yang kian teruk...
Diharap pihak penguatkuasa alam sekitar dan kerajaan Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura dapat bekerjasama untuk memeteraikan perjanjian atau blueprint supaya dapat membanteraskan aktiviti pembakaran terbuka di ladang pembalakan dan ladang kelapa sawit. Pihak pengusaha turut diseru supaya mengenakan syarat-syarat yang mengekang aktiviti pembakaran di mana-mana plot ladang kelapa sawit. Pelupusan sisa kelapa sawit atau penghapusan balak dan rumpai secara mesra alam wajar diperkenalkan dan kalangan petani wajar dididik supaya dapat mengetahui kesan negatif pembakaran terbuka. Langkah-langkah penyelesaian sangat penting supaya mengembalikan langit biru yang indah, dan juga mengelakkan pertelingkahan peringkat serantau / serumpun. Pencemaran udara dapat dikurangkan supaya pemanasan global dapat dielakkan daripada terus meruncing.

(Sumber: Malaysiakini.com)
Gambar satelit NASA menunjukkan kepulan jerebu bergerak dari tapak-tapak pembakaran timur Sumatera ke arah timur dan timur laut.
(Sumber: Asian Broadcasting Network, Jun 2013)
Tadi, pada waktu 11 pagi, kawasan Muar mencapai 746 dalam Indeks Pencemaran Udara (IPU, atau Air Pollution Index dalam bahasa Inggeris). Lantaran itu, perintah darurat telah dilaksanakan di kawasan tersebut (dan kawasan Ledang) mulai hari ini. Selain itu, IPU di Kota Tinggi dan Pasir Gudang juga mencatat rekod tidak sihat. Begitu juga dengan Kota Melaka, Seremban, Kuala Lumpur dan sekitarnya. Yang termalang sekali merupakan Singapura, kerana ia dilanda jerebu sehingga ekonomi pelancongan terjejas. Namun, Indeks Pencemaran Air di kawasan Sandakan dan Tawau masih berada di tahap sihat, belum dijejaskan oleh pencemaran itu pada masa kini, namun udara di kawasan Kota Kinabalu, Keningau dan Kudat telah mencapai tahap kurang sihat.
Pagi tadi, saya sempat menjenguk pemandangan di depan rumahku. Jerebu ibarat kain langsir putih yang menutupi pemandangan masih kelihatan. Hujan tidak diturunkan semalam, mentari terus menyinari tanah bumi ini pada waktu siang.
Jerebu 'menutupi' kota Johor Bharu pada 20 Jun 2013.
(Sumber: Agence France-Presse/ Getty Images, dari The Wall Street Jounal, 20 Jun 2013)
Indeks Pencemaran Udara di kawasan Muar mencapai 746 pada waktu pagi, 23 Jun 2013.
Gambar ini diambil di Buntong-Menglembu pada sekitar pukul 8 pagi
Jerebu masih kelihatan walaupun tidak seteruk dengan apa-apa yang berlaku di Selatan Malaysia
Saya tidak tahu macam mana penerbangan kapal terbang dan pengangkutan air di Selat Melaka dapat diteruskan atau dijalankan dalam keadaan jerebu yang kian teruk...
Diharap pihak penguatkuasa alam sekitar dan kerajaan Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura dapat bekerjasama untuk memeteraikan perjanjian atau blueprint supaya dapat membanteraskan aktiviti pembakaran terbuka di ladang pembalakan dan ladang kelapa sawit. Pihak pengusaha turut diseru supaya mengenakan syarat-syarat yang mengekang aktiviti pembakaran di mana-mana plot ladang kelapa sawit. Pelupusan sisa kelapa sawit atau penghapusan balak dan rumpai secara mesra alam wajar diperkenalkan dan kalangan petani wajar dididik supaya dapat mengetahui kesan negatif pembakaran terbuka. Langkah-langkah penyelesaian sangat penting supaya mengembalikan langit biru yang indah, dan juga mengelakkan pertelingkahan peringkat serantau / serumpun. Pencemaran udara dapat dikurangkan supaya pemanasan global dapat dielakkan daripada terus meruncing.
23 Jun 2013
2.45 pm
Ulasan
Catat Ulasan